RSS

Selamat Datang Ke Blog PIBG SK Kampung Kudong

pibgskkgkudong.blogspot.com merupakan satu blog bagi PIBG SK Kampung Kudong, Segamat, Johor Darul Takzim. Blog ini bertujan untuk membantu penyebaran informasi berkaitan PIBG SK Kampung Kudong di samping memacu ke arah kemodenan TMK (ICT). 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muat Turun Modul Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Sarana Ibu Bapa : >>> klik sini<<<
Sarana Sekolah  : >>>klik sini<<<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarana Ibu Bapa

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A

Sarana ini ditujukan khas kepada Ibu Bapa (IB) dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka.

Setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan.
Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.


mengapaibperluterlibat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarana Sekolah

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A

Hasrat

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah dapat manfaat berikut :
  • keyakinan guru meningkat
  • pencapaian murid meningkat
  • ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
  • kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
  • hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa
(Olsen & Fuller, 2008)

Rakan Kongsi Sekolah

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS